1) Produk IKS
(Contoh Tikar Bemban)
Produk IKS yang saya promosikan ialah Tikar Bemban.Produk yang saya pilih ialah tikar bemban kerana ia merupakan satu tradisi dan keunikan masyarakat Iban
2) Pengenalan
Tikar Bemban ialah sejenis tikar masyarakat Iban yang dianyam dan diperbuat daripada tumbuhan bemban. Tikar Bemban ini sangat terkenal dalam kalangan orang iban yang tinggal Sarawak terutama bahagian Samarahan , Sri Aman dan Betong .
Tikar Bemban ini mempunyai motif-motif yang cantik atau dikenal sebagai corak yang cantik. Motif-motif itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Motif mudah , Motif sederhana , Motif kompleks atau kelas tinggi.
Ia juga dicipts mempengaruhi oleh alam sekitar, pandangan dunia dan kepercayaan tradisi masyarakat. Tikar Bemban ini memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat iban dahulu dan masih diamalkan sampai sekarang iaitu sebagai alas duduk pada hari-hari biasa dan juga alas duduk waktu keramaian , dalam persembahan ritual tertentu seperti kematian , perubatan , perkahwinan.
3) Nombor untuk dihubungi:
- Phone Number; 013- 8241234
- Fax Number: 085-678912
- Email: Tikarbembaniban98@gmail.com
- Facebook: Tikar Bemban Iban 98
4) Lokasi
- Untuk mendapatkan produk ini, pelanggan boleh terus pergi ke syarikat kami di Jalan Taman Emas, Permy Jaya , 98000, Miri , Sarawak. Pelanggan berpeluang untuk memilih sendiri tikar yang diingini di sini.
5)Teknik Pemasaran
1 . Product
- Produk yang bakal kami sediakan ialah tikar bemban. Tikar Bemban ini merupakan tikar tradisional masyarakat iban.
2 . Price
- Harga bagi tikar bemban ini ialah RM 100 - RM 250. Harga ini terpulang kepada motif atau corak yang dipilih samada motif mudah , motif sederhana , motif kompleks atau kelas tinggi.
3 . Promotion
- Kami bakal mempromosikan produk kami melalui website kami iaitu http://wonderfulborneonature.blogspot.my/ . Kami mempromosikan juga produk kami melalui brosur , flyer dan lain-lain.
4. Place
- Kami memasarkan produk kami di Jalan Taman Emas , Permy Jaya , 98000 , Miri ,Sarawak. Kami memilih tempat tersebut kerana ia merupakan tempat yang strategi dan selalu menjadi tumpuan ramai orang.
5. Process
6. People
- Sasaran pelanggan kami ialah orang iban , penduduk tempatan dan juga pelancong .Ini kerana tikar bemban mampu menarik perhatian pembeli dengan keunikan motif corak pada tikar tersebut.
7. Productivity
- Produk yang kami promosikan ialah produk yang berkualiti tinggi serta bermutu tinggi. Ini kerana ia merupakan satu hasil buatan tangan.
8. Physical Evidence
- Produk ini dapat dilihat melalui brosur , flyer, website dan facebook.
# Assignment Cikgu !!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan